Friday, March 30, 2007

Lama giler aku x update my blog.. banyak keje, malas, bosan, rungsing antara riak2 hidup aku seminggu dua nie.. My lecturer dah bising2 mintak draf thesis dan aku punya ler malas nak buat.. sebab tue ler setiap kali nampak dia kat pejabat atau makmal jer aku akan lari..hehe..
Xm lagi beberapa hari jer..tapi aku still X sedar tue..nak baca pon malas gak.. maklum la 3 paper jer last sem nie..huhu sesungguhnya aku telah meremehkan pelajaran aku.. pastu pikir pasal nak keja apa lak pas nie... rungsing2 ... kadang2 pikir2 balik cam nyesal gak ngan keputusan hidup aku yang lepas2.. i got another choice which is more better that what i was undergone now..tapi seperti kata Tuan Syed semlam.. let it go! ..yea i should let all my burden goes away, far fly from my life... aku x nak ingat lagi mende2 bodoh n remeh yang dah lepas2 ...now i should focus more on my life. I should go foward and i dunt wanna look back anymore... I believe that The Almighty God has planned something good ahead. percaya je la... Hidup mau hepi!!!

Monday, March 19, 2007

#Burung oh Burung#
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya. Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain... "maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung"? Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi di cuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

#Cucur Udang#
Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....
Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...
Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : ..........

#Nenek ph Nenek (18SX)#
Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."
#Kes Beranak#
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

TakZirah SkiTT!!

Air Mata Nabi Adam
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? "Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Friday, March 16, 2007

Queen Rania

Nie saja nak post the Most Beautiful Queen in The World.. fuh cun nak mampos queen rania nie...




Thursday, March 15, 2007

Alessandra Ambrosio

Malam Nie Bosan tul.. maleih tul nak wuat thesis, apatah lagi study.. so aku saj2 jer la surf internet cari mende yang patut..hehehe..haram xder papun yang best ari nie.. Nie tetiba teringat lak kat sorang awek lama aku..dah lama x tengok muka dia...aleh2 ternampak lak kat tenet.. aisey popular lagi awek aku nie..

Alessandra Ambrosio..one of the top supermodel ...aku suka minah nie..cun nak mampos..geram aku....eieiei..gigit kang!!






Wednesday, March 14, 2007

Lab Forensik

Ari Nie Ada Lab Antropo.. keja kitaorang dok main tengkorak nie je la..kadang2 bosan tul..tapi kadang2 lak..cam best lak sebab menda tengkorak yang kitaorang pegang n main nie bukan artificial..ini tengkorak betul org yang penah hidup satu masa dulu..sebab tue la kitaorang nya lecturer dah pesan " when u handle these skeletons, plz respect them" mmm...

Ari Nie tasknye nak tentukan lelaki atau pompuan..n yang tengah pegang tue,konfom pompuan..

Tuesday, March 13, 2007

Belajar Idiom Omputeh


speak of the devil maknanya bila kita tgk cakap pasal seseorang tue,tetiba dia pon muncul.

miss the boat maknaya terlepas satu peluang yang besar.

couch potato maknanya suka dok lama2 satu tempat n sambil makan minum.

money to burn, nie ada duit nak buat apa2 saja.

in the pink maknanya dalam keadaan sihat walafiat.

in the same boat maknanya berada dalam situasi yang sama.

hold one's horses maknanya bersikap sabar dalam sesuatu keadaan terburu2.

don't rain on my parade maknanya jgn merosakkan rancangan atau plan saya.
"Aku terlalu mengimpikan bintang di langit namun x pernah sekali aku pernah menggapainya, aku selalu terlupa akan rumput tempat aku berpijak saban hari sehinggalah rumput itu kering dan mati,baru aku sedar panasnya kaki aku waktu itu"

Sejak semalam, aku memang rasa x sedap ati jer.. satu hal xm antropologi, skit jer baca, x sampai 10% pon, padahal sok dah(ari nie) xm. baru jer nak baca, dapat message, ada autopsi kat mortuary. nak x nak aku kena pi la. kan x pi terlepas lah. rugi lak rasanya walaupon aku x minat langsung ngan autopsi nie. Sampai2 jer aku dah x selesa tgk mayat tue.. dia punyer muka dah deform abis.. otak dia dah x nampak pape pon..maknanya dah berkecai...nie mesti eksiden...siasat2 ngan org dalam tue..memang pon dak tue mati eksiden... inalillah... dianya kepala kena langgar ngan Storm.. astaga....no wonder la dia mati tempat kejadian... siap ada kesan tayar keta lagi kat badan dia.. dengar citer nie semua kes mat rempit ...huh..cian tul dak tue.baru form 3 dah dak rempit...aku rasa kalau tgk mayat dia, mesti mak bapak dia dah x cam..n mayb gak mak dia x dapat terima keadaan anaknya macam tue..Dalam hati aku berdoa, jgn la menda2 cengini terjadi kat keluarga,sedara mara n kawan2 aku..aminnn...tragis sungguh...mmm...lupakan la pasal autopsi nie...aku x suka sgt..sib baik semalam dia x buat internal examination macam yang dulu2,just external examination dah tahu yang dia mati sebab cerebral hemorrhage ..pendarahan kat otak dia la tue..



skip this story, pagi nie aku ingat nak bangun awal untuk studi,peksa kul 9 nie..tapi..iye la memang bangun awal, sempat subuh(x cam slalu, asyik kontoi jer..hehhe)..tapi pastu aku terus tido..malas nak mapoih nak studi..sebabnya aku tegok rumate aku pon x bangun2..apa lagik aku..dah ada org encourage lak... last2 masa xm... mcam dah tahu citernyer...

X LEH JAWAB!!!! bengang2 aku...


Dah lah tue pastu lak, aku ingat nak print aku nyer resume nak hantar minta keja..aku print kat cc jer..ale2 nak print, duit lak x bawak..ada 2 ringgit jer..sial tul...menyampah tul aku ai nie..


Petang nie aku malas nak gi kelas.. betul2 x der mood.. dah ler baru jer baik moody semalam... ada jer menda nak kacau kepala otak aku nie.. tension! tension!

Saturday, March 10, 2007

Photo Minggu Ini..

Beklah semua..minggu nie.. BLog Peknga akan menyiarkan beberapa gambaq yang telah memenangi award gambar terbaik dunia yang diadakan di Pulau Sipadan baru2 nie. enjoy bebs!!!


Kategori 1 : Best Picture of Makan ( Semua Krew jalan2 cari makan_alahai semua pakat mengandung)


Kategori 2 : Best Picture Rancangan TV ( Inilah sebenarnya Kesudahan citer Prison Break)



Kategori 3 : Best Picture of Animal ( Comelnya gajah tue merajuk)


Kategori 4 : Best Sexiest Picture (Aku ingat jin betina mana ler kat dalam LRT nie)


Kategori 5 : Best Attire Picture (Nie Pic pakaian yang tengah hot skang espcially kat Japoon )


Kategori 6 : Best Picture of Sport (Nie shaolin soccer pompuan lak..i like it ;p)

Kategori 7 : Best Picture Posing ( Aku x kisah klu nak himpit2, tapi kalau dah cam nie..ngan bau badan bapak dia tue..huh )

Kategori 8 : Best Picture X pakai baju (Comei gile dak tue


Kategori 9 :Best Picture of Passion ( Mmm..no komen)


Kategori 10 : Best Picture of Couple


Kategori 11 : Best Picture Nak Mampos (Aku harap rg yang amik gambar nie x nyesal mati)







Kisah Benar (Jgn Baca Kalau Ada Sakit Jantung)

Kisah ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas (diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran)...utk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup.
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.


Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan y ang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetapadaa... Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan.. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?" Nah.. Sabun Basuh Dynamo, sapu sedikit pada kotoran dan tuangkan bakinya ke dalam cucian kotoran pasti akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli la sendiri kat kedai..... hehehehhhhehehehh. .....


* pst: gambar di atas hanya sekadar hiasan.....


MasaLah Loghat

Loghat mana lebih munasabah dan paling betul serta tepat?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Trg) adalah munasabah Bahasa Melayu standard:

"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah): "Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, PI PI mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (trg): "Dia gi ghumoh jirang nok cari mok dia, GI GI mok dia tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Meh Blajar

Masa memula kawen dua tahun lalu..Bila balik kampung aje... laki aku mesti penin!! coz dia tak berapa paham cakap bahasa kita... Nak dijadikan ceghita, satu pagi tu mak aku ajak dia sarapan... lalu mak aku berkata..."Faizal...mai la 'menyeghok' dulu, makan ayaq ni"..... Laki aku pun menjawab dengan terpinga2 "Mane ade suare saye serak... kami tak makan ayaq tp minum...." wakakaka....aku gelak sampai sakit perut!!! Tpi skang dia dah pandai cakap bebbb!!! La ni kalau kat umah kami tak cakap slang KL tp cakap slang kedah walaupun dia anak jati KL. Dia suka bahasa Kedah terutama slang sebelah mak aku Baling... - (Testi dari MasMona)

tue la..x kenal maka x cinta..even aku nie anak Kedah jati, tapi x ler pekat sgt.. mungkin dok aloq staq kot..kat town lak tue ..papun meh aku share loghat2 org Kedah nie..

menyeghok = sarapan pagi

gabuih = Makna GABUIH ada 2, satu CURI satu lagi MEMBERSIHKAN. Ayatnya camni : Din tertinggai cd ataih pangkin, bila dia sedaq, ada kutu gabuih pi dah cd tu. Din gelek2 kepala sambil menggabuih seluaqnya yg. ada habuk.

keloloh = keloloh tu maksudnya loqlaq... bila org suruh buat apa2 dia memain aja.. lebih kurang camtula

ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang... selului [se.lu.lui] kerap kali Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...

meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..

ghona-ghoni [ gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia

ghayup [gha.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!

ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..

nyulog [nyu.log] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!

bulog [bu.log] lapar sangat Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..

taboh [ta.boh] pukul/ belasah Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?

ghelah [ghe.lah] terkoyak Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?

ghunaih [ghu.naih] cungkil/ kupil hai Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..

geghek [ge.ghek] basikal Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!

mod [mot] bawak pembonceng/ penumpang Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

sakan [sa.kan] hebat/ tak sangka Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!

sekeh [se.keh] luku secara sipi Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!

seneghih [se.ne.ghih] selisih Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!

Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi

Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari

Kalau hangpa nak tau kat sebelah nie la PEKNGA ... dia buat darpda tepung n nyiuq muda..masyuk..meleleh air liur aku..lama dah x makan..

Wednesday, March 7, 2007

Artis kita bila teringin sangat nak gi Grammy

Pemenang..Cun Sial!!



Wokeylah kat bawah nie ada pose pic artis mesia kat red carpet..semua nie gara2 nak menang the best dressing nak gi grammy tahun depan... mmm ..artis kita kalu nak gi mejlis cengini mantaps!!! tapi kalau nak gi Umrah ker Haji ker...mmm slow jer...memang patut pon kang... wasatiah cam Deja Moss tue... gila ker apa dia tue ...dah balik mekah makin menjadi2..sebelum gi dok promote sangat. ..MMm..pae org kita ...papun minta maap la si deja oiii, peknga buat ko sbgai contoh lak.. neway check out these things!



bini tarzan no.1

x adorable pon


she is indeed pretty, but i know what color of ur bra. heehe


X paham den nape kat pusat tue cam berlubang jer


Nie bini tarzan No.2 lak


cam bapuk Ning! serius!


she is a true malay


pretty but seksa




Cam kain langsir kat umah aku jer..hehe






so beautiful..but u are a mum..ingat tue jee



Montoknya bini dia!


the girl next to the guy was cute but the guy..mmm..fashion victim


Nak gi A-go -go ker


Selebet



pretty but u could be more prettier


the winner is coming


bila ler ko nak besar


no komen mawi mawass!!

mempersembahkan pompuan tengah Hot SkanG


INA MAWAS... heehe..Ina Naim ler... Alahai besar bapak Bunga tue










psst : Minta maap kalau ada yang terasa terutamayna artis2 nie.. corat carit hidup jer.. xder niat yang x baik pon... ;p